aku hidup........
aku berjuang............
aku punya........
HIDUP
Hidup adalah kegelapan jika tanpa hasrat dan keinginan.
Dan semua hasrat -keinginan adalah buta, jika tidak disertai pengetahuan .
Dan pengetahuan adalah hampa jika tidak diikuti pelajaran.
Dan setiap pelajaran akan sia-sia jika tidak disertai cinta
BERJUANG
tiba-tiba hari ini sedikit tersentuh, mengimbau liku-liku seorang yang saya boleh namakan pejuang. Setelah hampir sepuluh tahun dalam perjuangannya. Semalam mungkin adalah harinya. Saya bukanlah penyokong setia mahupun mengagumi sosok peribadinya. Saya cuma tertarik dengan kisah di sebalik legasi perjuangannya.
Di sini sekadar coretan tentang pejuang,
Pejuang perlu ada strategi. Tidak boleh ke medan main redah saja. Itu namanya serah diri percuma atau bunuh diri secara bodoh. Keris perlu diperasap sebelum turun gelanggang. Perjuangan itu perlu persiapan.
Pejuang perlu bervisi jauh. Mungkin jauh mencapai langit. Dari matlamat, langkah boleh diatur. Hanya yang bervisi tahu mengatur stategi dan membuat keputusan. Pandangannya jelas, membezakan pilihan baik buruk. Perjuangan itu perlu memilih.
Pejuang perlu bina kekuatan, tahu kelemahan. Bukan semua gunung boleh dipeluk, bukan semua bumi dapat ditembusi. Andai kail panjang sejengkal, lautan luas usahlah diduga. Bumi nyta tetap dipijak. Perjuangan itu perlu keupayaan.
Pejuang perlu bersedia. Tomahan, cacian dan fitnah datang mencari. Andai takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Andai takut akan cubaan, usah bicara tentang perjuangan. Perjuangan itu berdepan cubaan.
Pejuang harus jujur. Kebenaran didaulatkan, biarlah ia pahit ditelan sekalipun. Berani kerana benar, kecut kerana salah. Biarlah seribu orang memaki hamun, asalakn kita seorang bersama kebenaran. Perjuangan itu menegak kebenaran.
Pejuang harus tabah. Bukan semua pucuk dicita, ulam mendatang. Usaha dan doa dengan keyakinan, akan sampai harinya. Gopoh dan gelojoh, orang akan muak, diri akan putus asa. Perjuangan itu menuntut kesabaran.
Pejuang perlu pendirian. Godaan sentiasa berbisik di telinga. Beban cabaran menggunung, menimpa benak. Hanya jiwa juang besar, tidak patah hatinya. Perjuangan itu azam yang teguh.
Pejuang itu manusia, tapi hanya manusia yang berjuang untuk hidup. Hidup itu perjuangan. Perjuangan memenuhi kehidupan. Takut berjuang, takut hidup. Takut hidup, lebih baik mati. Jika enggan, mati jiwa, jadilah sekadar rangka daging bernyawa….
Tidak ada komentar:
Posting Komentar